Rabu, 16 Februari 2022

Kisah Seorang Gadis

Kisah ini aku petik dari cebisan kisah hidup seorang anak gadis desa.

Tahun 1975, dia dilahirkan. Anak perempuan kedua bagi 10 orang adik beradik. Tahun-tahun awal kelahirannya, hidup keluarganya bahagia. Ayah seorang penghulu. Ibu seorang guru agama di sekolah rendah. Ustazah lah gelarannya di sekolah. Kelahiran demi kelahiran sehingga jumlah semua menjadi sepuluh orang. Wah. Ramainya. Ada yang memandang serong apabila anak terlalu ramai. Rapat Pulak tu. Tapi... Biarlah. Kan rezeki namanya. Allah beri anak pasti telah ditetapkan baginya rezekinya. Jangan risau.

"Yah! Tengok adik ni. kau ni pemalas sangat. Tengok adik pun malas." Mak suka membebel. Kalau dia penat di rumah, dia akan membebel. Aku istilahkan membebel sebab dah malas nak dengar. Nanti dia penat membebel, mak akan menjerit marahkan kami semua. Hukuman yang paling dasat yang kami terima ialah kena bakar! Takut. Ngeri. Mak akan hidupkan api pada kertas surat khabar lama. Dia akan memegang mana-mana dari kami yang penyebab masalah timbul. Api akan didekat-dekatkan kemuka, kaki, tangan. Tujuan menakut-nakutkan kami. Tapi yang sadisnya. Selepas sahaja abang ke, adik ke, atau aku sendiri yang kena macam tu, kami akan berkumpul bersama dan memujuk. Menggosok-gosok bahagian badan yang mungkin sakit. Kadang-kadang saling berpelukan. Sayang pada adik beradik. Tapi selalu bergaduh.

Long dan ngah. Tidak pernah bergaduh. Tidak seperti kami adik beradik yang di bawah mereka. Aku rasa sangat pelik hingga kehari ini. Kenapa mereka tidak pernah langsung bergaduh. Bercakap antara mereka pun dalam keadaan sangat tenang. Senyap sahaja. Kami semua suka menjerit. Long dan ngah selalu menjadi inspirasi kami adik beradik.

Kehidupan yang penuh kecoh. Rumah tidak pernah sunyi. Sunyi apabila hari sekolah. Cuti sekolah, mula lah berbalah. Berebut makan. Berebut permainan. Berlawan cakap. Kadang-kadang lawan sifir. Lawan eja. Abang atau kakak yang dah kelas tinggi, suka beri soalan yang susah-susah. Senang cakap, akan cakap dia lebih pandai dari adik-adik. Adik-adik mesti tidak dapat menjawab dengan betul. Permainan yang selalu kami main waktu cuti sekolah ialah main pondok-pondok. Aku suka  buat pondok dari kayu hutan. Pondok yang boleh duduk 2 orang sahaja. Ada bumbung. Boleh berteduh bila hujan. Lepas tu, main masak-masak betul. Ambil periuk mak yang dah kemik. Masak guna kayu. Habis hitam periuk mak. Kadang-kadang masak dalam tin susu yang sudah kosong. Kalau pandai sikit, masak guna buluh. Rasanya sangat lazat. Nasi yang jelantah pun sedap. Maklumlah, hasil air tangan sendiri. Tolong mak masak di dapur, malas. Main masak-masak, rajin. Lepas tu kena marah dengan mak sebab habis periuk dia hitam. Kenalah sental sampai putih semula. Ada proses belajar kan di situ?

Aku masih kencing malam. Hingga sekolah rendah masih kencing malam. Tapi tidak lah hari-hari. Dalam setahun adalah 3 kali terkucil. Tapi ada satu rahsia. Saya takut mak marah, saya akan       mengalihkan adik ke tempat bekas aku terkencing tu. Selepas itu, basahkan. sedikit seluar adik. Itu aku panggil sebagai strategi. Sebab adik aku memang nak kata dalam seminggu pasti akan kencing malam. Jadi dia dah biasa kena marah pasal kencing malam ni. Baik tak kakak dia? Adik jangan mara ye. Kakak sayang adik. Itu cuma nak selamatkan diri kakak ke dari kena marah dengan mak. Kakak minta maaf ye adik. Kesian adik. Tapi kakak tolong bersihkan tau tilam dan cadar yang kena. Tujuan tolong bersihkan, bukan untuk nak mak kata rajinnya anak mak. Tapi untuk tebus salah yang telah aku buat pada adik.

Adakah anda rasa cerita ini menarik? Nak baca lagi tak? Sila beri komen ye. Terima kasih atas perhatian anda.

Sabtu, 13 Disember 2014

Mencari Keikhlasan

Apa sumbangan aku pada ummah? Adakah memadai apa yang aku lakukan untuk memastikan aku masuk syurga? Aku seorang guru. Namun, belum banyak yang aku lakukan. Siang tadi melihat drama di televisyen. Tajuk, "Berlari ke Langit". Seorang tukang kasut, hatinya sangat mulia. Buat program untuk anak-anak kampung. Rakan Masjid, tuisyen percuma, motivasi.

Tersentuh hati ini. Seorang tukang kasut terfikir untuk melaksanakan program seperti itu. Aku seorang cikgu, apa yang aku dah sumbangkan pada masyarakat.... Sayu hati melihat masa yang telah ku sia-siakan. Aku kena buat sesuatu. Sebelum ajal menjemput. Aku ingin sekali melakukan banyak amal kebaikan. Bukan untuk mendapat sebarang anugerah dari manusia. Tapi hanya untuk mencari redha Allah. Terlalu banyak nikmat Allah yang telah ku kecapi. Kejayaan dalam hidup, keluarga, anak. Semuanya aku rasakan terlalu nikmat. Tapi sejauh mana aku menjadi hamba mu yang bersyukur?

Isnin, 3 Mac 2014

Gambar yang menarik. Saya ambil dan oleh kerana lokasinya sama, jadi gambar ni dah jadi macam ada magic. Kejap ada, kejap takde.


Ni papazola saya

Sekolah Dalam Hospital, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Seronok mengajar murid yang sakit. Hari-hari dapat ziarah orang sakit.


Ni semua gambar di kelas.

Ahad, 28 April 2013

Terapi Air

Terapi Air atau dikenali sebagai 'hydro therapy' , merupakan Terapi yang boleh dijalankan untuk anak-anak istimewa seperti yang mempunyai masalah sindrom down, autism, hyperaktif dan masalah pembelajaran. Daripada pengalaman saya sebagai guru Pendidikan Khas, murid yang sangat takut dengan air, biasanya Akan cemerlang semasa terapi ini dijalankan.

Di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, kami iaitu kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, pernah menganjurkan program Terapi Air. Program ini dijalankan di kolam renang Tanjong Puteri Golf Resort. Program dijalankan sebanyak 10 kali.

Kami tidak menjalankan terapi secara sistematik kerana kami bukan pakar dalam bidang terapi air. Kami mengikut program latihan renang seperti anak-anak normal yang lain. Dikendalikan oleh pihak Tanjong Puteri Golf Resort. Jurulatih yang terlibat ialah En. Wahid selaku ketua dan En. Roslan. Mereka sememangnya jurulatih yang bertauliah dan diikhtiraf.

Setelah murid-murid diberi latihan selama lebih dari 3 kali, saya mula sedar perkara paling penting semasa sesi terapi air ialah  mengajar murid berani ketika berada di dalam air yang dalam. Jangan lupa pakaikan mereka pelampung tangan. 
Tetapi Kuda