Ahad, 28 April 2013

Seronok bila bersama mereka...

Gelaran yang saya dapat dari seorang murid sindrom down ialah "Abu Ada". Abu Ada tu maknanya cikgu Rafidah. Hehehe... Seronok Kan? Gelaran itu telah tersebar kepada kebanyakan murid sindrom down. Sampaikan murid baru daftar, yang bukan sindrom down, yang boleh bercakap dan takde masalah pertuturan, memanggil saya Abu Ada. Saya sangat seronok. Saya rasa sangat menyeronokkan.

Seorang murid saya yang ada masalah sindrom down dan ada sedikit hyperactive, tetapi tidak menganggu rakan-rakan yang lain. Beliau murid yang tidak mahu duduk diam ketika berada di dalam kelas. Saya terlibat dengan program mengajar murid sindrom down membaca, kajian di buat oleh pihak Bahagian Pendidikan Khas, kementerian Pelajaran Malaysia, diketuai oleh Dr. Ab Halim. Murid tersebut telah di bawa ke terapi air sebanyak 10 kali. Murid sangat takut dengan air. Setelah kelas terapi ke 4, murid tidak mahu masuk ke dalam air, saya tawakal kepada Allah, membawa murid ketengah kolam, tangannya ada pelampung. Suara murid menjerit, waduh!!! BINGITTT!!! Dengan kuasa Allah, murid dapat berkayuh ke tepi kolam dan mencapai tebing kolam. Semenjak itu, murid banyak berubah. Murid dapat mengikuti kelas bersama saya selama hampir 1 jam. Pihak kementerian turun untuk memantau sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Murid tadi sangat aktif dan responsif. Sehinggakan para pemantau sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan. Bayangkan betapa gembira dan bersyukurnya saya pada ketika itu. Murid-murid saya sangat bagus. Saya sedar bahawa mereka boleh belajar. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan