Sabtu, 13 Disember 2014

Mencari Keikhlasan

Apa sumbangan aku pada ummah? Adakah memadai apa yang aku lakukan untuk memastikan aku masuk syurga? Aku seorang guru. Namun, belum banyak yang aku lakukan. Siang tadi melihat drama di televisyen. Tajuk, "Berlari ke Langit". Seorang tukang kasut, hatinya sangat mulia. Buat program untuk anak-anak kampung. Rakan Masjid, tuisyen percuma, motivasi.

Tersentuh hati ini. Seorang tukang kasut terfikir untuk melaksanakan program seperti itu. Aku seorang cikgu, apa yang aku dah sumbangkan pada masyarakat.... Sayu hati melihat masa yang telah ku sia-siakan. Aku kena buat sesuatu. Sebelum ajal menjemput. Aku ingin sekali melakukan banyak amal kebaikan. Bukan untuk mendapat sebarang anugerah dari manusia. Tapi hanya untuk mencari redha Allah. Terlalu banyak nikmat Allah yang telah ku kecapi. Kejayaan dalam hidup, keluarga, anak. Semuanya aku rasakan terlalu nikmat. Tapi sejauh mana aku menjadi hamba mu yang bersyukur?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan