Ahad, 28 April 2013

Sekarang cikgu dah pindah sekolah. Saya ajar murid sakit yang berada di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Saya gembira dengan perubahan ini, namun, murid Pendidikan Khas terus di dalam hati saya. Terasa rindu untuk bersama mereka. Pelukan murid-murid terutama murid sindrom down, sentiasa dalam kenangan. Saya menulis blog ini pun kerana kerinduan saya kepada murid-murid saya. Saya selalu terfikir, mereka yang memandang rendah guru-guru Pendidikan Khas ialah mereka yang kurang pengetahuan mengenai program ini, atau mereka tidak mempunyai anak atau saudara mara yang istimewa. Betul atau tidak telahan saya ini. 


Mengajar anak-anak istimewa adalah pengalaman yang sangat berharga. Pada pandangan saya, pengalaman ini hanya boleh diperolehi jika kita menjadi guru Pendidikan Khas. Cuba anda bayangkan....... Mengajar murid aliran perdana mengenal  huruf ABC. Kita telah berjumpa dengan pelbagai modul, strategi pengajaran berkesan untuk mengenal huruf untuk murid aliran perdana. Tetapi, murid Pendidikan Khas, bagaimana? Siapa yang bertanggungjawab?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan