Ahad, 28 April 2013

Terapi Air

Terapi Air atau dikenali sebagai 'hydro therapy' , merupakan Terapi yang boleh dijalankan untuk anak-anak istimewa seperti yang mempunyai masalah sindrom down, autism, hyperaktif dan masalah pembelajaran. Daripada pengalaman saya sebagai guru Pendidikan Khas, murid yang sangat takut dengan air, biasanya Akan cemerlang semasa terapi ini dijalankan.

Di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, kami iaitu kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, pernah menganjurkan program Terapi Air. Program ini dijalankan di kolam renang Tanjong Puteri Golf Resort. Program dijalankan sebanyak 10 kali.

Kami tidak menjalankan terapi secara sistematik kerana kami bukan pakar dalam bidang terapi air. Kami mengikut program latihan renang seperti anak-anak normal yang lain. Dikendalikan oleh pihak Tanjong Puteri Golf Resort. Jurulatih yang terlibat ialah En. Wahid selaku ketua dan En. Roslan. Mereka sememangnya jurulatih yang bertauliah dan diikhtiraf.

Setelah murid-murid diberi latihan selama lebih dari 3 kali, saya mula sedar perkara paling penting semasa sesi terapi air ialah  mengajar murid berani ketika berada di dalam air yang dalam. Jangan lupa pakaikan mereka pelampung tangan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan