Ahad, 28 April 2013

Pengalaman baru

Pengalaman menjadi seorang guru sangat menarik. Sebagai guru Pendidikan Khas bagi anak-anak istimewa. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Orang sering kata,

   "Mengajar budak Pendidikan Khas, senang."

Kalau senang, kenapa susah nak ajar murid-murid istimewa? Kenapa tidak ramai guru yang ingin menceburi bidang ini? Guru-guru yang sedia ada juga sering mendapat tohmahan samada dari pihak sekolah, Rakan-rakan guru, masyarakat sekeliling. Antara perkara/perkataan yang sering menjadi isu ialah, 
1.  Cikgu Pendidikan Khas ajar murid tak ramai, jadi kerja mereka senang,
2.  Cikgu Pendidikan Khas selalu keluar, samada bawa murid, atau aktiviti luar.
3.  Antara perkataan yang selalu menyinggung, " Cikgu Pendidikan Khas, sama je dengan anak murid dia", atau "cikgu dengan anak murid pun sama je".
4.  Cikgu Pendidikan Khas tidak membantu perkembangan sekolah.
5.  Lagi perkataan yang menyinggung, " belajar dapat ijazah, ajar budak senget."

Macam-macam lagi. Tapi saya dah tak ingat. Sebab saya selalu bersyukur bahawa Kerana anak-anak istimewa inilah, saya disini hari ini. Kerana mereka, saya diterima jadi guru. Kerana keikhlasan dan kegembiraan ini, saya sekarang sangat Selesa dengan apa yang  sedang dilalui. Alhamdulillah... Syukur Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan